Gunawan Adnan

Gunawan Adnan


Research Focus & Metrics

Academic Career Length

6Years (2021-Present)

(Calculated once Scilit publication data is synced: current year − year of first publication + 1)

Representative Publications

View All Publications
1 September 2021 in Economics & Sociology
Verified
Journal Article
Closed access
GAGunawan Adnan
Gunawan Adnan
KAKhairul - Amri
Khairul - Amri

29 October 2022 in Jurnal Pengajian Melayu
Verified
Journal Article
Open access
PDF file
ARAsyraf Hj Ab Rahman
Asyraf Hj Ab Rahman
MAMazlina Ahmad
Mazlina Ahmad
MNMariati Mat Salleh@Md Nor
Mariati Mat Salleh@Md Nor
GAGunawan Adnan
Gunawan Adnan
Translation is the activity of interpreting and understanding the meaning of a text in another language. The purpose of translation is to produce a translated work that carries the same concept and meaning of the original work to the targeted language with the purpose of spreading knowledge. Such an approach allows works or information from various aspects like society, economy and politics to benefit society. This paper discussed the challenges and contributions of translating Malay works to foreign languages, which can indirectly uplift the Malay language and promote the development of civilisation. The paper utilised content analysis on journal articles, books, chapters and media to examine the contributions and challenges of translation led by the Abbasid Caliphate (749-1256 M). The data collected could show an effective approach to spreading knowledge and the Arabic language to Europe and neighbouring continents. Findings showed that translation played a significant role in the enculturation and development of civilisation within the maxim of knowledge in society. Hence, the internationalisation of the Malay language should be done via efforts to introduce and promote it through translation to major languages worldwide. The same scenario occurred to prominent authors in countries like Japan, Korea, Saudi Arabia and Indonesia. However, education and politics are among the bigger obstacles to achieving this feat. Overall, this study hopes to contribute to Malaysia‟s translation industry for the globalisation of the Malay language, which could simultaneously empower and dignify the language. Keywords: translation, Malay language, culture, civilisation, industry of translation Abstrak Penterjemahan merupakan aktiviti mentafsir dan memahami makna sesuatu teks serta memindahkan semula dalam bahasa yang lain. Aktiviti penterjemahan bertujuan untuk menghasilkan karya terjemahan yang membawa konsep dan makna yang sama dengan sesuatu karya ke dalam bahasa yang lain bagi tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan. Pendekatan ini membolehkan sesuatu karya atau maklumat dimanfaatkan oleh sesebuah masyarakat dalam pelbagai bidang ilmu seperti aspek pemikiran, sosial, ekonomi dan politik. Kajian ini membincangkan cabaran dan sumbangan penterjemahan yang melibatkan karya bahasa Melayu ke dalam bahasa asing yang secara tidak langsung memartabatkan bahasa ibunda selain menyebarluaskan proses perkembangan tamadun. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan yang dijalankan pada artikel jurnal, buku, bab dalam buku dan akhbar dengan meneliti sumbangan serta cabaran aktiviti penterjemahan yang telah dipelopori oleh Kerajaan Abbasiah (749-1256 M) sebagai suatu gagasan pendekatan dalam mengembangkan ilmu pengetahuan dan bahasa Arab ke Eropah dan benua berdekatan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bidang penterjemahan menyumbangkan peranan yang sangat besar dalam pembudayaan dan perkembangan tamadun ilmu sesebuah masyarakat contohnya pada zaman Kerajaan Abbasiah. Bagi memperkembangkan bahasa Melayu ke persada antarabangsa, usaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan bahasa Melayu akan berjaya melalui usaha penterjemahan ke dalam bahasa-bahasa utama dunia. Hal ini juga berlaku kepada pengarang-pengarang besar di negara-negara lain seperti Jepun, Korea, Arab dan Indonesia. Walau bagaimanapun, aspek pendidikan dan politik merupakan antara cabaran terbesar dalam memastikan kelancaran usaha ini. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada industri penterjemahan di Malaysia dalam usaha merancang pengglobalan ilmu bahasa Melayu yang turut memberikan kesan ke arah pemerkasaan dan pemartabatan bahasa Melayu. Kata Kunci: penterjemahan, bahasa Melayu, budaya, tamadun, industri penterjemahan