Norhasni Zainal Abiddin

Prof. Dr. Norhasni Zainal Abiddin


Research Focus & Metrics

Academic Career Length

11Years (2016-Present)

(Calculated once Scilit publication data is synced: current year − year of first publication + 1)

Representative Publications

View All Publications
23 September 2016 in MIMBAR PENDIDIKAN
Verified
Journal Article
Open access
PDF file
RTRohana Tan
Rohana Tan
NANorhasni Zainal Abiddin
Norhasni Zainal Abiddin
ABSTRAKSI: Belia adalah aset bernilai kepada negara dan menjadi harapan nusa bangsa untuk merealisasikan hasrat menjadi negara maju. Namun, dengan arus globalisasi yang melanda dunia, apa yang berlaku pada hari ini ialah penglibatan belia, termasuklah belia di institusi pengajian tinggi, dalam permasalahan akhlak yang menyimpang daripada nilai-nilai ke-Timur-an dan prinsip Islam, walaupun hakikatnya mereka telah melalui proses pendidikan agama secara formal di sekolah. Ini menimbulkan persoalan: Apakah permasalahan akhlak belia di institusi pengajian tinggi? Penglibatan mereka dalam tingkah-laku yang berisiko seolah-olah memberi petunjuk bahawa pendidikan di sekolah sahaja belum mencukupi untuk membentuk akhlak belia, dan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dalam kehidupan mereka pada hari ini. Justeru itu, artikel ini mengupas tentang konsep belia dan akhlak Islam, permasalahan akhlak belia di institusi pengajian tinggi, dan cara mengatasinya. Dalam konteks negara Malaysia, pembentukan akhlak belia untuk menjadi insan kamil yang cemerlang dan seimbang dari segi intelek dan spiritual adalah proses pendidikan sepanjang hayat dan perlu diberi penekanan selaras dengan pembangunan dan kemajuan negara-bangsa. KATA KUNCI: Belia; Akhlak; Institusi Pengajian Tinggi; Globalisasi; Pendidikan Tidak Formal. ABSTRACT: “Exploring the Issues of Morality among Youths in Higher Education Institution”. Youth is a valuable asset to the nation to realize the objective of becoming a developed nation. However, what is happening in the globalization era nowadays is the involvement of youths, including those in higher educations, in the behaviors that deviate from Eastern values and principles of Islam, despite the fact that they have been through the process of formal religious education in schools. This begs the question: What are the moral problems of youths in institutions of higher education? Their risky behaviors seem to indicate that school education alone is not sufficient to to form good morals in youths, and Islam can alternatively be made a way of life. Therefore, this article explores the concept of youths and Islamic morality, moral problems of youths in institutions of higher education, and how to overcome them. In the context of Malaysia as a nation-state, the development of youths’ moral to be a perfect human and who can maintain a balanced in the intellectual and spiritual aspects is a lifelong process in education and should be addressed in line with the development and progress of the nation-state. KEY WORD: Youths; Morality; Higher Education Institution; Globalization; Informal Education. About the Authors: Rohana Tan ialah Pelajar Master Sains Pendidikan Pengembangan di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra Malaysia). Prof. Madya Dato’ Dr. Norhasni Zainal Abiddin ialah Pensyarah di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Alamat emel: nonie@upm.edu.my dan nonieza99@gmail.com How to cite this article? Tan, Rohana & Norhasni Zainal Abiddin. (2016). “Tinjauan Permasalahan Akhlak Belia di Institusi Pengajian Tinggi” in MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, Vol.1(2) September, pp.161-178. Bandung, Indonesia: UPI [Indonesia University of Education] Press, ISSN 2527-3868 (print) and 2503-457X (online). Chronicle of the article: Accepted (February 19, 2016); Revised (May 20, 2016); and Published (September 30, 2016).

23 March 2016 in MIMBAR PENDIDIKAN
Verified
Journal Article
Open access
PDF file
NANorhasni Zainal Abiddin
Norhasni Zainal Abiddin
AIAzahari Ismail
Azahari Ismail
ABSTRAKSI: Perbincangan adalah pertukaran pendapat ataupun idea. Kaedah perbincangan kumpulan membolehkan pelajar berfikir secara konstruktif serta berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain. Perbincangan menggalakkan pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain. Perbincangan menitikberatkan percakapan, pemerhatian, dan proses pendengaran. Perbincangan juga merupakan kaedah dimana pelajar dan fasilitator bertukar-tukar idea supaya mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu topik. Apabila kaedah perbincangan ini digunakan secara betul, ia merupakan cara yang baik untuk merangsang pemikiran pelajar. Terdapat pelbagai teknik perbincangan yang boleh digunakan (perbincangan panel, simposium, kajian kes, dan sebagainya). Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang unik. Perbincangan kumpulan boleh dijadikan salah satu teknik pengajaran didalam kelas bagi meningkatkan keyakinan pelajar dan juga pembangunan pelajar. Kecemerlangan pelajar tidak hanya tertumpu kepada pembangunan akademik sahaja, tetapi perlu dilihat dari segi sahsiah (kualiti diri dan kepimpinan). Pembangunan sahsiah amat penting dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin, berfikir kreatif dan kritis, berkemahiran dalam berkomunikasi, serta berkemahiran dalam merancang dan membuat keputusan. Artikel ini mengupas peranan perbincangan kumpulan dalam pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi.KATA KUNCI: Fasilitator, perbincangan kumpulan, pelajar, pembangunan akademik, dan sahsiah diri. “The Role of Facilitator in Class Group Discussion: Towards Student Development in Higher Education Institution”. Discussion is an exchange of opinions or ideas. Group discussion methods are effective in getting the students to think constructively while interacting with the rest of the group. A true class discussion requires a student-to-student interchange of ideas. Discussion emphasizes on speaking, observing, listening process. The discussion method is one in which the trainees and the facilitator exchange their ideas in order to get a better understanding of a topic. The discussion method, when used properly, is a good way to stimulate thinking on the part of the student. There are varieties of discussion techniques that can be profitably used in conducting a training program (panel discussion, symposium, case study, etc). Each has unique characteristics and potential. Group discussion can be used as one of teaching techniques in classroom to enhance students’ confidence level and personality development. Student development must be seen not only in terms of their academic performance, but also personality (self-quality and leadership). Personality development is important to create students with high discipline level, who are able to think creatively as well as think critically, excellent in communication, and competent in planning and decision making. This article elaborates group discussion in enhancing student development in higher education institutions.KEY WORD: Facilitator, group discussion, student, academic performance, and personality development. About the Authors: Assoc. Prof. Dato’ Dr. Norhasni Zainal Abiddin dan Assoc. Prof. Dr. Azahari Ismail ialah Pensyarah di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra Malaysia), Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Alamat emel: nonieza99@gmail.comHow to cite this article? Abiddin, Norhasni Zainal & Azahari Ismail. (2016). “Peranan Fasilitator dalam Perbincangan Kumpulan Kelas: Ke Arah Pembangunan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi” in MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, Vol.1(1) Maret, pp.69-76. Bandung, Indonesia: UPI Press. Chronicle of the article: Accepted (February 2, 2016); Revised (February 20, 2016); and Published (March 11, 2016).