Artikel ini meneliti impak serta cabaran yang dihadapi dalam bidang bahasa, sastera dan budaya akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui teknik bacaan rapi (close reading) berdasarkan artikel penyelidikan terkini yang berkaitan dengan pandemik COVID-19. Menerusi dapatan kajian, didapati pemakaian istilah baharu seperti 'norma baharu', 'normal baharu' atau 'kebiasaan baharu' banyak digunakan oleh media massa tanpa sebarang standarsasi yang konsisten. Sementara itu, bagi aspek kesusasteraan, pandemik COVID-19 seperti memberi harapan baharu dalam lapangan ini. Banyak pertandingan, pendeklamasian dalam talian dan penerbitan antologi puisi dianjurkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Akhir sekali, cabaran yang dihadapi dalam aspek budaya bagi setiap masyarakat di negara ini adalah penyesuaian kehidupan dengan norma baharu. Umpamanya tidak berjabat tangan, mengamalkan penjarakan sosial, mematuhi etika batuk atau bersin, mengelakkan tempat yang sesak, memakai pelitup muka dan perkara yang paling penting iaitu mematuhi perintah kuarantin 14 hari jika diarahkan oleh pihak berkuasa. Secara kesimpulannya, pandemik COVID-19 telah mencipta suatu paradigma baharu menerusi kepelbagaian peristilahan bahasa, kepelbagaian kaedah penganjuran aktiviti sastera serta perubahan norma budaya dalam kehidupan seharian. This article examines the impact and challenges faced in the field of language, literature and culture as a result of the spread of COVID-19 pandemic. This study uses a qualitative approach through close reading techniques on the latest research articles relating to the COVID-19 pandemic. Based on the findings of the study, it was found that the use of new terms such as 'norma baharu', 'normal baharu' or 'kebiasaan baharu' widely used by the mass media without any consistent standards. Meanwhile, in terms of literature, the COVID-19 pandemic has given new hope in this field. Many competitions, online recitations as well as the publication of poetry anthologies are mushrooming. Finally, the challenges faced in the cultural aspect of every society in this country is the adaptation of life to new norms. For example, not shaking hands, practicing social distancing, adhering to the ethics of coughing or sneezing, avoiding crowded places, wearing face masks and most importantly complying with a 14-day quarantine order if directed by the authorities. In conclusion, the COVID-19 pandemic creates a new paradigm in the diversity of language terminology, a variety of methods in organizing literary activities as well as changes in cultural norms in daily life. Keywords: impact; challenges; COVID-19 pandemic; Malaysia