Rahimah Hamdan

Ms. Rahimah Hamdan


Research Focus & Metrics

Academic Career Length

8Years (2019-Present)

(Calculated once Scilit publication data is synced: current year − year of first publication + 1)

Representative Publications

View All Publications
31 May 2023 in Malaysian Journal of Society and Space
Verified
Journal Article
Open access
PDF file
RHRahimah Hamdan
Rahimah Hamdan
ASArba’ie Sujud
Arba’ie Sujud
AAAbdul Halim Ali
Abdul Halim Ali
Realiti letusan gunung berapi Tambora 1815 dalam syair (The reality of mount Tambora eruption 1815 in syair)

30 April 2025 in Jurnal Pengajian Melayu
Verified
Journal Article
Open access
PDF file
MZMuzaffar Mohd Zafri
Muzaffar Mohd Zafri
RHRahimah Hamdan
Rahimah Hamdan
ASArba’iE Sujud
Arba’iE Sujud
AAABDUL Mua'ti AHMAD
ABDUL Mua'ti AHMAD
ABSTRAK Keris merupakan simbol atau cerminan budaya yang amat signifikan kepada masyarakat di Alam Melayu. Keris tidak hanya dilihat sebagai senjata, tetapi sebagai alat yang mengandungi nilai simbolik dan spiritual yang mendalam. Namun, wujud unsur mistik yang sering dikaitkan dengan keris sehingga menyebabkan perspektif negatif sinonim dengan warisan budaya ini. Persoalannya, adakah cerminan keris menurut masyarakat Melayu tradisional? Apakah wujud kaitan antara adab dan ilmu dalam penggunaan keris? Kajian-kajian lalu telah menimbulkan jurang ilmu yang ketara terutamanya dalam mengangkat keris sebagai cerminan budaya masyarakat yang beradab dan berilmu. Hal ini menjustifikasikan kajian ini dilakukan dengan dua objektif kajian, iaitu untuk menganalisis kebijaksanaan adab menerusi penggunaan keris dalam Hikayat Hang Tuah dan untuk merumuskan keris sebagai cerminan masyarakat berilmu dalam karya tersebut. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis teks terhadap karya magnum opus Hikayat Hang Tuah. Pendekatan yang dipilih adalah konsep kebijaksanaan adab oleh Muhd Norizam Jamian dan Zubir Idris (2019) berasaskan kerangka pemikiran adab oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Kajian ini memfokuskan kepada unsur-unsur kebijaksanaan adab, terutamanya aspek ilmu yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keris bukan sahaja berfungsi sebagai senjata, tetapi mencerminkan penguasaan ilmu dan kebijaksanaan adab oleh masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks keperibadian Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu tersohor. Kajian ini memberikan justifikasi pentingnya kefahaman yang lebih mendalam tentang keris yang bertanggungjawab membentuk adab, pemikiran dan budaya masyarakat Melayu. Kajian ini dapat menyumbang kepada pemahaman peranan keris sebagai senjata yang signifikan khususnya ke arah pembentukan generasi muda yang berkualiti. ABSTRACT The keris holds deep cultural significance in the Malay world. It is not merely a weapon but a symbol laden with profound spiritual and cultural values. Unfortunately, its association with mysticism has often overshadowed its true meaning, leading to negative perceptions of this cultural heritage. This raises important questions: how does the keris reflect the worldview of traditional Malay society? Is there a connection between etiquette (adab) and knowledge in the use of the keris? Previous studies have left a significant gap in understanding the keris as a reflection of a cultured and enlightened society. This study aims to address this gap by pursuing two objectives: to analyze the wisdom of adab through the keris in Hikayat Hang Tuah and to establish its role as a symbol of an enlightened society in the text. The methodology involves textual analysis of the magnum opus Hikayat Hang Tuah, employing the concept of adab wisdom as articulated by Muhd Norizam Jamian and Zubir Idris (2019) and grounded in Syed Muhammad Naquib Al-Attas’s framework on adab. The study focuses on elements of adab wisdom, particularly the aspect of knowledge, as depicted in Hikayat Hang Tuah. Findings reveal that the keris is not merely a weapon but a representation of intellectual mastery and ethical wisdom. Within the narrative, it emerges as a symbol of strength—physical, moral, and intellectual—embodied by Hang Tuah, the celebrated Malay warrior. This study underscores the importance of understanding the keris beyond its mysticism, highlighting its role in shaping Malay thought, culture, and adab. Ultimately, it contributes to inspiring a deeper appreciation for the keris as a cultural legacy, particularly in cultivating a generation that values knowledge and wisdom.

30 January 2019 in Asian Social Science
Verified
Journal Article
Open access
PDF file
RHRahimah Hamdan
Rahimah Hamdan
ASArba’iE Sujud
Arba’iE Sujud
This paper was aimed at identifying the guidance to parenting that emerged in the first Malay autobiography, the Hikayat Abdullah, and subsequently, to analyse those instructions on parenting in the context of the traditional Malay society of the 19th century. The recognition accorded to Abdullah Munshi as the Father of Modern Malay Literature has attracted various reactions from scholars. Some scholars regard Abdullah Munshi as the one who brought renewal to Malay literature through his courageous criticism of the customs and culture that had been in practice for generations. On the other hand, there are scholars who disapprove of that recognition being given to him and who consider Abdullah Munshi’s criticisms in his works as a deviation from the reality expressed in previous works. Nevertheless, not a single study has suggested that perhaps Abdullah Munshi firmly emphasized those criticisms with the intention of providing some sort of guidance. Hence, by analysing certain texts in the Hikayat Abdullah and by reviewing the evidence from the perspective of Swettenham (1895), who objectively evaluated the thinking and culture of the Malay community, this study was able to rectify the image of Abdullah Munshi, who, all this while, was considered to be pro-British because of his harsh criticism of the Malay community. Moreover, those criticisms were meant to provide guidance for the family institution, especially for parents. This indirectly proves that Abdullah Munshi took a serious view of parenting and believed that improvements were necessary to produce a dignified and civilized generation. In conclusion, the autobiography, the Hikayat Abdullah, was not just a new form of writing that deviated from the conventions of traditional Malay literature, but was the fruit of the wisdom of the author that was meant to benefit his readers.

31 May 2025 in e-Bangi Journal of social science and humanities
Verified
Journal Article
Open access
PDF file
NYNadia Syamimi Yusof
Nadia Syamimi Yusof
RHRahimah Hamdan
Rahimah Hamdan
SMSalmah Jan Noor Muhammad
Salmah Jan Noor Muhammad
Kolonialisasi Barat di Alam Melayu pada abad ke-19 Masihi telah memberi kesan yang signifikan kepada nilai, pandangan hidup dan budaya masyarakatnya. Salah satu perubahan besar dalam Kesusasteraan Melayu adalah pengenalan genre travelog yang berbeza dengan kepengarangan dan bentuk Kesusasteraan Melayu Tradisional sedia ada. Misalnya antara travelog awal seperti Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan oleh Munsyi Abdullah yang memperkenalkan pendekatan naratif lebih realistik berbanding karya-karya sezamannya. Namun, travelog ini tidak mendapat sambutan dalam kalangan pengarang Melayu pada ketika itu yang rata-rata menolak genre baharu tersebut. Walau bagaimanapun, akhirnya genre ini diterima oleh khalayak Melayu setelah hampir lima dekad kematian tokoh Munshi Abdullah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memahami bagaimana travelog diterima dalam kesusasteraan Melayu dari zaman kolonial hingga kini. Dengan menggunakan kaedah tinjauan sistematik berdasarkan standard PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses) menggunakan dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Google Scholar, sebanyak 13 artikel daripada pangkalan data Scopus dan Google Scholar telah dianalisis. Hasil kajian mendapati bahawa meskipun travelog pada awalnya dianggap asing, akhirnya mendapat tempat sebagai wadah penceritaan yang merakam pengalaman dan realiti kehidupan. Realitinya, travelog berfungsi bukan sekadar sebuah catatan perjalanan tetapi satu bentuk dokumentasi sejarah dan refleksi sosial yang berharga kepada sesebuah masyarakat.

28 May 2025 in Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu
Verified
Journal Article
Open access
PDF file
RHRabiatul Nur Naajwa Hassan
Rabiatul Nur Naajwa Hassan
ASArba’ie Sujud
Arba’ie Sujud
RHRahimah Hamdan
Rahimah Hamdan
Unsur Anatomi dalam Kumpulan Puisi Parabel Tubuh (Anatomical Elements in the Group of Parabel Tubuh Poems)

30 December 2024 in Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
Verified
Journal Article
Open access
PDF file
RJRaja Faris Hakimi Raja Jaafar
Raja Faris Hakimi Raja Jaafar
RHRahimah Hamdan
Rahimah Hamdan
Fungsi Selat Melaka sebagai laluan perdagangan antara Timur dengan Barat menyebab masyarakat Melayu sentiasa terdedah kepada dunia luar sehingga menganut beberapa agama berbeza dari satu zaman ke zaman yang lain. Walaupun telah memeluk Islam seawal kurun ke-13 Masihi, agama dan kepercayaan yang lampau masih menebal malahan dipertindankan dengan agama Islam sehingga membentuk sinkretisme dalam pandangan Alam Melayu. Hal tersebut terpancar dalam penulisan yang dihasilkan oleh masyarakat ini termasuklah Sulalatus Salatin yang merupakan salah satu karya historiografi terawal serta terpenting dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Namun, sebagai karya yang dihasilkan di bawah naungan istana, Sulalatus Salatin ditulis dengan memasukkan idea-idea tertentu yang menjurus kepada kepentingan golongan raja. Persoalannya, apakah fungsi sinkretisme agama dipaparkan dalam Sulalatus Salatin? Bagaimanakah kemasukan sinkretisme e agama mampu memberi manfaat kepada raja, sesuai dengan tujuan asal penulisan karya historiografi? Bertitik-tolak dari itu, kajian ini dilakukan dengan dua objektif iaitu untuk mengenal pasti elemen sinkretisme agama dalam pandangan Alam Melayu tradisional, serta menganalisis fungsi sinkretisme agama dalam karya historiografi Melayu Sulalatus Salatin. Metodologi yang digunakan adalah analisis teks terhadap Sulalatus Salatin serta kaedah kepustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan mengenai sinkretisme agama. Kajian ini mendapati, elemen magis adalah tumpuan utama masyarakat Melayu dalam mana-mana agama yang sedang atau pernah dianutinya. Oleh itu, elemen magis yang diwarisi dari zaman pra-Islam tidak disingkirkan sepenuhnya bahkan melengkapi elemen magis dalam agama Islam. Sumbangan kajian ini mendapati elemen agama amat penting dalam mengangkat legitimasi raja agar kedudukannya sebagai pemerintah berdaulat terus terpelihara dalam sesebuah negara kota.