Iban or also known as Sea Dayak has inhabited the island of Borneo for hundreds of years. From the previous timeline, the Iban community has adapted to their surrounding nature in developing their culture which is consisted of customs based on the foundation of ancestral beliefs. As a result, the development of Iban culture became more creative and innovative in producing cultural artifacts referring on surrounding nature. Incidentally, the cultural developed by the early Iban have become a legacy and identity for the modern Iban society today. Therefore, this paper is an ethnographic studies emphasis on human artifacts. Therefore, the scope of this studies discussed the researcher's proposed theory of the role of nature that has contribute to shaped human cultural artifacts, particularly the Iban cultural artifacts. This study applied qualitative methods and the research findings have concluded that nature have a significant function as a driving force to influenced early human culture and experience changes based on relevance and human preferences.
13 January 2025 in Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)
Tradisi bertatu adalah merupakan komponen yang penting dalam kebudayaan masyarakat Iban di Sarawak, terutamanya dalam mencitrakan identiti bangsa. Sifatnya yang berfungsi sebagai tradisi yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan pengaruh alam semula jadi dalam kebudayaan masyarakat Iban terutamanya dalam tradisi bertatu yang menjadi budaya mereka sejak turun-temurun. Fokus kajian ini adalah membincangkan dan menilai inspirasi alam semula jadi dalam membentuk dan mempengaruhi idea penciptaan tradisi bertatu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam perolehan datanya iaitu melalui kajian kerja lapangan dan temu bual bersama informan. Hasil kajian mendapati bahawa tradisi bertatu masyarakat Iban secara dominannya banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur alam semula jadi dalam material pembuatannya, nilai estetika pada tatu dan kepercayaan. Kepentingan kajian ini adalah sebagai sebuah usaha bagi mewujudkan satu perspektif ilmu dalam tradisi bertatu dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak.
13 January 2025 in Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)
Budaya Iban di Sarawak, Malaysia, sangat kaya dengan elemen animisme yang tercermin dalam amalan Pengarap Lama Iban, iaitu ritual dan kepercayaan warisan yang diwarisi secara turun temurun. Penelitian ini bertujuan untuk mendalami Pengarap Lama Iban dan mengkaji peranannya dalam amalan kepercayaan warisan atau animisme masyarakat Iban. Melalui pendekatan kualitatif, penelitian ini melibatkan temu bual secara In-depth Interview dengan golongan pakar adat Iban. Hasil penelitian menunjukkan bahawa Pengarap Lama Iban memainkan peranan penting dalam menghubungkan masyarakat Iban dengan alam semesta, roh leluhur, etika malah sebagai penanda hidup serta panduan moral untuk melestarikan kebaikan dalam kehidupan mereka. Ini kerana walaupun berlakunya perubahan zaman, penganutan agama-agama besar, seperti agama Islam dan agama Kristian, akan tetapi masih ada masyarakat Iban sehingga hari ini yang masih berpegang kuat dengan Pengarap Lama Iban. Sehubungan dengan itu, diharapkan penelitian ini dapat menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam dan secara terperinci mengenai Pengarap Lama Iban yang merupakan warisan terpenting dalam budaya Iban di Sarawak.
Anyaman ialah hasil seni kraf tangan yang memaparkan bahan alam semula jadi yang mewujudkan bahan utiliti melalui kearifan ciptaan manusia. Kraf anyaman etnik Dusun Tindal, iaitu fokus penulisan artikel ini mempunyai kesenian dan nilai keindahan tersendiri melalui rekaan motif dan corak yang dihasilkan. Setiap motif dan corak telah diolah selaras dengan fungsinya, iaitu sebagai bahan utiliti dalam aktiviti seharian mereka. Kajian yang berasaskan kerja lapangan ini mengumpul dan menganalisis reka bentuk motif anyaman yang dikaitkan dengan signifikan warisan kearifan masyarakat etnik Dusun Tindal di daerah Kota Belud, Sabah. Hasil analisis mendapati kraf anyaman etnik Dusun Tindal mempunyai perkaitan rapat dengan pemikiran tukang krafnya dan mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan etnik Dusun Tindal di Kota Belud. Reka bentuk dan motif anyaman tradisional dapat mencerminkan identiti budaya yang menonjolkan kesenian etnik Dusun Tindal yang diturunkan sejak zaman berzaman. Reka bentuk dan motif anyaman turut menjadi identiti warisan kearifan yang berkonsepkan geometri dan berimbangan simetri. Hasil penyelidikan ini memaparkan keistimewaan rekaan kraf anyaman tradisi etnik Dusun Tindal berdasarkan konsep kearifan dan rekaannya. Woven craft refers to hand-crafted art from natural materials that have been created to reflect nature for utility from the creative wisdom of the people. The woven craft of the Tindal Dusun is the focus of this article as these craft(s) possess their art and beauty especially the motif designs and patterns produced. Each motif and pattern has been created in harmony with its function in their daily activities. This study, which is based on fieldwork, collects and analyzes designs of woven motifs that are significantly associated with the wisdom of the Tindal Dusun ethnic in Kota Belud, Sabah. The analysis found that the woven motifs and patterns are strongly linked with the thoughts of the craftsmen and the influences from their lifestyle in Kota Belud. The traditional designs and motifs of the woven craft also reflect the cultural identities that highlight the ethnic arts of the Tindal Dusun that were passed down from generation to generation. The patterns and motifs reflect the inherited wisdom conceptualized through geometry and symmetrical balance. The results of this research highlight the distinctive Tindal Dusun identity conceptualized in their woven craft concerning creative wisdom concept.