Kajian ini bertujuan menilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan Modul Mahir PK yang akan digunakan dalam menentukan keberkesanannya terhadap penguasaan konsep asas perakaunan bagi item pelarasan dalam penyediaan Penyata Kewangan. Berdasarkan kepada keperluan tersebut, Modul Mahir PK telah disahkan oleh empat pakar dalam bidang Prinsip Perakaunan menggunakan Instrumen Penilaian Kualiti Untuk Modul Pengajaran dengan indeks kesahan 0.951. Ujian kebolehpercayaan pula telah dilaksanakan ke atas sejumlah 15 orang pelajar daripada kumpulan eksperimen dalam kajian rintis dan nilai pekali kesahan Alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.864. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa Modul Mahir PK telah dibangunkan dengan baik mengikut prosedur pembangunan modul yang lengkap dan sesuai digunakan dalam kajian yang akan dilaksanakan.
1 January 2016 in Journal of Economics, Business and Management