Azmin Sham binti Rambely memperoleh Ijazah Sarjanamuda dalam Matematik dari University of Arizona, Tucson dan Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Matematik dari University of Newcastle upon Tyne pada tahun 1996. Pada tahun 2008 beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Biomekanik daripada Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Sekarang beliau adalah Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains & Teknologi, UKM dan mememang jawatan Timbalan Pengarah Kersarjanaan Pengajaran & Pembelajaran di Pusat Teknologi dan Pembelajaran atau PENGAJARAN-UKM. Beliau juga merupakan Ketua Kumpulan Penyelidikan Pendidikan Ruhiyy Ilmu Sains Matematik iaitu PRISMatik, UKM sejak diwujudkan pada tahun 2013. Minat penyelidikan beliau merangkumi kajian pergerakan manusia, biomekanik sukan, pemodelan matematik dan pendidikan matematik. Beliau telah memperoleh beberapa paten dan hak cipta hasil dari penyelidikan beliau seperti Calibration System (2001), Smart Backpack (2009), Humidity Sensing Fan Control and Data Logger (2014), Personal Early Stroke Detection Device (2019) termasuk hak cipta modul dalam Modul Kem Matematik: Pencarian Khazanah Ilmu Matematik (2014), Sifira Android-based Maths Games (2014) dan Modul Seronoknya Matematik (2018).