Kewarganegaraan digital merujuk kepada keterikatan warga dalam talian dengan undang-undang dan peraturan supaya dapat mengguna teknologi komunikasi secara bertanggungjawab dan selamat. Ia boleh dimantapkan lagi dengan prinsip Islam dalam penggunaan media siber yang mempunyai falsafah dan perundangan yang universal. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model Kewarganegaraan Digital Islami berdasarkan kepada kesepakatan pakar yang diadaptasi dari model Kewarganegaraan Digital Ribble yang mengandungi 9 elemen iaitu etika digital, komunikasi digital, hak dan tanggungjawab digital, literasi digital, akses digital, undang-undang digital, kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan, dan perdagangan digital. Dari sembilan elemen ini, kajian ini mengubahsuai dua elemen iaitu dari etika digital kepada akhlak digital dan dari literasi digital kepada literasi digital dan maklumat untuk disesuaikan dengan model Kewarganegaraan Digital Islami. Kajian ini menggunakan metode Fuzzy Delphi untuk mendapatkan kesepakatan pakar terhadap elemen model Kewarganegaraan Digital Islami. Data dikumpulkan menerusi set soalan Fuzzy dari 12 orang pakar dalam bidang media dan komunikasi Islam, media dan perundangan siber, kepenggunaan digital dan siber, syariah dan pengurusan fatwa, dan digital penyiaran Islam. Dapatan kajian ini menunjukkan, semua pakar bersetuju dengan keseluruhan elemen Kewarganegaraan Digital Islami yang dibangunkan dengan nilai threshold (d) kurang daripada 0.2, peratus konsensus melebihi 75%, dan nilai defuzification melebihi 0.5. Artikel ini membincangkan setiap satu elemen dari perspektif Islam yang membangunkan model Kewarganegaraan Digital Islami. Keyword: Kewarganegaraan digital Islami, pembangunan, model, Fuzzy Delphi, pandangan pakar.
1 June 2020 in International Journal of Islamic Thought
The current study attempted to define and examine the concept of family in the Islamic context. Specifically, it addressed the issues and challenges related to parental communication in the modern day based on the strategies and suggestions proposed by ‘Abd al-Karīm Bakkār in his book Al-Tarbiyyah Al-Rashīdah (Successful Family Upbringing). This book is a guide to cultivating and nurturing a Muslim family in order to achieve the best outcomes through effective communication. The ultimate aim is to fortify the familial bonds. The current study used content analysis to examine and interpret the data extracted from the fourth volume of series entitled Al-Murāhiq (The Adolescents). This volume was the study’s main reference as it is set against the background of contemporary Muslim family issues along with suggested solutions by the author who identified certain strategies to enhance family ties and bonds. These strategies include kindness to relatives, effective interaction, listening, respecting, non-domination, and not pressurizing 5the children. Moreover, avoiding provocation of anger, paying attention to their problems as well as being polite to them are also among the strategies to enhance familial ties. The findings highlight the effectiveness of these strategies in bringing about positive parenting. Muslim parents therefore, can use ‘Abd al-Karīm Bakkār’s communication strategies to enhance their children’s moral, physical, mental, and spiritual development.
Penulisan buku Indie berteraskan kepada idea kebebasan yang meliputi konsep keterbukaan, kesamarataan dan toleransi. Dengan sifat kebebasan ini, genre penulisan ini terdedah dengan pemikiran pluralisme agama melalui sifat penerbitan mandiri. Dalam menganalisis elemen pluralisme agama dalam buku Indie, tiga parameter digunakan iaitu; semua agama menuju Tuhan yang sama tetapi melalui jalan dan cara yang pelbagai, semua manusia tanpa mengira kedudukan agama berhak menerima balasan syurga asalkan mereka melakukan kebaikan, dan tiada kebenaran mutlak pada mana-mana agama. Sebanyak dua karya yang dipilih sebagai sampel kajian untuk menganalisis sejauh manakah pemikiran pluralisme agama digarap dalam penulisan buku indie karya Faisal Tehrani “Aku…, Maka Aku Ada” dan karya Benz Ali “Antithesis”. Hasil kajian mendapati kedua-dua buah buku ini mengandungi ketiga-tiga parameter yang telah ditetapkan. Buku yang pertama mengandungi tujuh perkara yang secara jelas selari dengan pluralisme agama manakala buku yang kedua pula mempunyai lima perkara. Dua karya ini mempunyai trend tersendiri dalam mengkritik dan mengangkat isu-isu kemasyarakatan yang menyentuh aspek akidah dan agama, tetapi olahan yang digunakan mengandungi elemen pluralisme agama. The Idea of Religious Pluralism in the Writing of Indie Books “Aku…, Maka Aku Ada” and “Antithesis” The writing of Indie books is based on the idea of freedom that embraces the concept of openness, equality and tolerance. With this freedom of writing, this genre of writing is exposed to religious pluralism, especially when it is self-publishing in its nature. To analyse the elements of religious pluralism in this genre of writing, three parameters are used: all religions believe in the same God, but in different ways and means, all people regardless of their beliefs are entitled to a heavenly reward as long as they do good, and there is no absolute truth in any religion. Two works were selected as the samples of the study to examine the ways religious pluralism is treated in Indie genres. Both works are written by Faisal Tehrani titled “Aku…, Maka aku ada” and by Benz Ali titled “Antithesis”. The study finds that both books contain three elements of religious pluralism. The former comprises seven items while the latter includes five items that are clearly in line with religious pluralism. Though these two works demonstrate their ways of criticising and raising social issues that touch on aspects of faith and religion, the processes involved contain elements of religious pluralism.