Therefore, this research was conducted to explore the problem more closely, specifically among teenage girls from rural areas. An in-depth interview was used to gather data on the factors and effects faced by teenage girls as a result of early marriage. The result shows that most of the informants involved in this study were between 17 and 21 years old, housewives, completed their studies until the Malaysian Certificate of Education, and married when they were 15. The findings disclosed four main contributing factors to early marriage: personal choice, out-of-wedlock pregnancy, financial deprivation, and parent’s insistence. Furthermore, the effects of early marriage include financial problems, negative perceptions from neighbors, and health struggles, especially during pregnancy. The output of this research is expected to have implications for stakeholders, who should re-evaluate marriage bills to protect the fundamental rights of teenage girls and prevent them from being persecuted for marrying young. Keywords: Early marriage; Girls; Rural area; Teenagers; Sarawak Abstrak: Isu kahwin muda seolah-olah telah menjadi satu trend dalam kalangan golongan muda. Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan bagi meneroka secara lebih mendalam mengenai isu kahwin muda khasnya dalam kalangan remaja perempuan di kawasan luar bandar. Kaedah temubual mendalam telah digunakan bagi mengumpul data yang berkaitan dengan faktor dan kesan yang dihadapi oleh remaja perempuan akibat daripada kahwin muda. Keputusan kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada informan yang terlibat dalam kajian ini berada dalam lingkungan umur 17 hingga 21 tahun, suri rumah tangga, sudah menamatkan pelajaran setakat Sijil Pelajaran Malaysia, serta telah berkahwin semasa berusia 15 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat faktor utama yang menyumbang kepada isu kahwin muda iaitu kehendak diri sendiri, kehamilan luar nikah, kemiskinan keluarga, serta desakan ibu bapa. Seterusnya, kesan daripada kahwin muda adalah terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan, perlu mengharungi persepsi negatif daripada jiran tetangga, serta bergelut dengan masalah kesihatan terutamanya semasa mengandung. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan agar meneliti semula rang undang-undang perkahwinan demi melindungi hak asasi remaja perempuan agar golongan ini tidak teraniaya akibat daripada kahwin muda. Kata kunci: Kahwin muda; Luar bandar; Perempuan; Remaja; Sarawak