Mohd Herry bin Mohd Nasir

Mohd Herry bin Mohd Nasir

Auto-generated profile, based on publicly available information

Mohd Herry bin Mohd Nasir

Northern University of Malaysia

Research Focus & Metrics

Academic Career Length

3Years (2024-Present)

(Calculated once Scilit publication data is synced: current year − year of first publication + 1)

Representative Publications

View All Publications
2 August 2024 in International Review of Economics & Finance
Verified
Journal Article
Closed access
XZXinrui Zhang
Xinrui Zhang
HZHang Zhou
Hang Zhou
MNMohd Herry bin Mohd Nasir
Mohd Herry bin Mohd Nasir
SNSaidatul Nurul Hidayah Jannatun Naim Nor-Ahmad
Saidatul Nurul Hidayah Jannatun Naim Nor-Ahmad
CHChengjie Huang
Chengjie Huang

5 March 2026 in International Journal of Law, Government and Communication
Verified
Journal Article
Open access
PDF file
MIMohd Sobhi Ishak
Mohd Sobhi Ishak
SBShamsul Amri Baharuddin
Shamsul Amri Baharuddin
MIMohd Mahadee Ismail
Mohd Mahadee Ismail
Aidi AhmiAidi Ahmi
Aidi Ahmi
ASAzizah Sarkowi
Azizah Sarkowi
AHAhmad Zul Hakimi Hassim
Ahmad Zul Hakimi Hassim
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) merupakan institusi sosial akar umbi yang mempunyai liputan paling luas dalam rangka pembangunan perpaduan negara di Malaysia. Namun, perubahan gaya hidup moden, peningkatan stratifikasi sosioekonomi dan pemudaran norma kejiranan tradisional telah mengubah dinamika sosial komuniti setempat, sekali gus memberi kesan terhadap keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan di peringkat akar umbi. Walaupun KRT sering dinilai sebagai pelantar pelaksanaan program perpaduan, analisis empirikal terhadap struktur sosial KRT sebagai asas keberkesanan dasar masih terhad. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menilai struktur sosial KRT melalui tiga dimensi utama iaitu institusi sosial, stratifikasi sosial dan norma sosial bagi memahami implikasinya terhadap tadbir urus kejiranan dan perancangan dasar negara. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan campuran yang melibatkan tinjauan nasional terhadap 4,264 responden daripada 32 KRT progresif di seluruh Malaysia, disokong oleh sesi perbincangan kumpulan berfokus bersama pemimpin komuniti dan pegawai kerajaan. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya ketidakseimbangan penyertaan komuniti yang dipengaruhi oleh perbezaan kedudukan ekonomi, kepekatan peranan kepimpinan dalam kelompok tertentu serta kemerosotan amalan sosial harian seperti budaya memberi salam, membantu jiran dan gotong royong. Keadaan ini mencerminkan tanda awal gejala anomi pada peringkat komuniti yang berpotensi melemahkan keberkesanan pelaksanaan dasar berasaskan penyertaan. Berdasarkan dapatan tersebut, kajian ini mengemukakan implikasi dasar yang konkrit, termasuk keperluan membangunkan sistem data sosial KRT di peringkat nasional, reka bentuk program yang disesuaikan dengan variasi lokaliti serta pengukuhan kepimpinan rentas generasi sebagai intervensi strategik. Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan bahawa KRT merupakan infrastruktur sosial kritikal yang perlu diintegrasikan secara sistematik dalam perancangan dasar negara bagi memastikan pelaksanaan dasar perpaduan dan pembangunan sosial yang lebih inklusif, berasaskan bukti dan mampan.